Skip to main content

Sesi Kenal2

Assalamualaikum, dan Salam Sejahtera..

Sebagai permulaan adalah baik sekiranya kita memperkenalkan diri.. 😉 nama yang diberi adalah Khairuddin berumur 23 tahun, berasal dari Keningau, Sabah dan memiliki dua buah jentera keluaran DNC Asiatic Holding SDN BHD (DEMAK). Model moped DVS dan juga model Scrambler/Super Moto/Motard? DTM 200.

Demak DVS dan DTM 200. (Abaikan kereta tu)

                                         


Jadi ada orang bertanya, motor Demak ni tahan kah? Boleh naik Kimanis kah? Lasak kah? So sebagai pengguna demak yang telah menggunakan demak baru setahun untuk model DVS (budak mentah lagi...) saya akan cakap yang motor ni memang boleh tahan dan lasak. Naik kimanis dengan barang dekat seat belakang guna gear 2 dan gear 3, tapi memang kena tinggal dengan Lagenda adik aku lh.. 😆😆😆

Penggunaan minyak pun jimat jugak.. Isi tangki penuh dari Keningau boleh sampai ke Inanam tanpa perlu isi semula dipertengahan jalan, tu untuk DVS lh sebab penunjuk paras minyak ada dan boleh dilihat.. untuk DTM 200 aku pulak, belum cuba lagi walaupun secara teori dan fakta tangki minyak DTM 200 adalah lebih besar sedikit berbanding dengan DVS aku. Nanti bila dah cuba aku akan update dekat entri blog akan datang.


Kedua-dua motor tu tidak dipasangkan dengan Box, so untuk angkat barang2 aku akan letak dekat tempat duduk belakang dan ikat dengan cargo rope?(betul kah tu?)  dan Cargo net.


Macam nilah keadaan motor aku bila nak balik kampung.>_<

Tapi macam biasa nasib seorang rider tu mesti ada duka lara dalam perjalanan. hujan, kemalangan, rosak, kehabisan minyak, tayar pancit dan sebagainya. Jadi kena mental kuat dan berani lh... lebih2 lagi bila ride seorang diri...

Kedua2 motor tu sudah ada kenangan duka lara di jalan raya.. aisehh mengimbau kembali 😏😏, DVS seminggu selepas keluar dari kedai dah terlibat dengan kemalangan jalan raya di daerah Papar yang mengorbankan side mirror, jaket dan glove. kes jalan licin dan belum biasa dengan disc brek motor, nasiblah kereta dekat belakang dan dari arah bertentangan sempat brek.. Cover set depan tu macam biasalh calar balar.. Lepas jatuh bangun balik dan pindahkan motor ke tepi jalan raya sebelum periksa kerosakan dan kecederaan yang di alami..

nasiblah pengguna jalan raya yang lain perihatin, terima kasih kepada yang berhenti dan tolong.. semoga murah rezeki korang semua.. Lepas bersihkan luka dan betulkan motor, baru sambung perjalanan pulang ke Keningau. Hahahha sampai rumah direct kena cuci telinga 😅😂 tapi begitulah orang cakap jadikan sebagai pengajaran. Sekarang bila lalu tempat kemalangan tu mesti ketawa sendiri.

cerita DVS yang kedua adalah putus rantai di kimanis. Macam biasa, selepas habis masa bekerja kita pun readylah jalan.. bertolak dari pejabat dalam jam 5 tepat dan sampai ke stesen minyak Petron Kimanis (sebelum roundabout) dalam jam 5.40 petang, singgah isi minyak, rehat dan tandas dan gerak semula dalam jam 6.00 petang. Tengah steady bawa 90 km/j tiba2 rantai motor terlepas dan putus dekat dengan selekoh selepas Gereja dan Kedai (rasanya lah..) nasib lah tidak berlaku apa2 yang tidak di ingini... so tunggu lah sampai family datang bawak double cab untuk angkat motor.. sementara tunggu family datang tu ada jugak lah rider lain yang berhenti dan menghulurkan bantuan untuk towing motor sampai depan kedai tempat bas tungma berhenti (tq Bro..) tapi tidak apalh sebab sudah janji dengan family..

Panjang pulak first entri ni, so sampai sini lah dulu sesi kenal. Macam banyak merapu saja ni hahahaa... nanti aku cerita pulak duka lara DTM

p/s: belanja gambar DTM dan DVS dekat bawah.










Comments

Popular posts from this blog

Jalan2 Ke Kuala Penyu

Assalamualaikum n Slm Sejahtera, Lama tidak post blog&#128514;&#128514;.. kes terperuk dalam bilik layan marathon movie, anime Dan soap opera&#128522;&#128516;&#128514; Setelah sekian lama, akhirnya dpt jgak brjalan, walaupn sebenarnya kira balik kampung jk sebenarnya &#128514;&#128514; Okay destinasi Hari ni adalh Kuala Penyu, tapi sblm meneruskan penulisan, maafkan saya sbb saya x ride motor.. Kita ikut kreta abah&#128514;.. jadi second driver lh crita nya... Perjlanan dari Keningau ke Kuala Penyu mengambil masa dalam 2jam sehingga 3jam.. tapi ini smua berubah-ubah mengikut cara pemanduan/tunggangan motor masing2.. so jgn hairan klau ada yg smpai awal n ada yg smpai lewat (pls drive/ride safe).. so kitorg brtolak dari Keningau dlm jm6 n smpai dkt pekan Kuala Penyu dlm jm8.15 mlm.. Kitorg direct ke tapak camping (tepi pantai weii).. nak d jdi kn crita, atas sebab smpai sdh gelap... Kitorg pn trlepas simpang msuk ke tapak camping.. dkt sejam jgak lh...